Sunday, March 22, 2020

Kenyataan Akhbar KPK 22 Mac 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia


STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 25 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 139 kes.
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Sehingga 22 Mac 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 123 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,306 kes. Berdasarkan siasatan awal, daripada 123 kes baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 74 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling. 49 kes lagi adalah berkaitan dengan lain-lain kluster dan masih lagi dalam siasatan untuk kepastian.
Sehingga kini, seramai 46 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 22 memerlukan bantuan pernafasan.
Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat pertambahan dua (2) lagi kes kematian baru berkaitan COVID-19 telah dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan. Pelaporan terbaru ini dan empat (4) pelaporan melalui siaran di laman Facebook Ketua Pengarah Kesihatan malam tadi, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak sepuluh (10) kes:
  • Kes kematian ke-5 merupakan kes ke-1031, iaitu wanita warganegara Malaysia berumur 79 tahun. Beliau merupakan ibu kepada kes positif COVID-19 ke 1032 dan dirawat di sebuah fasiliti hospital swasta. Beliau disahkan meninggal dunia pada 18 Mac 2020.
  • Kes kematian ke-6 merupakan kes ke-1032, iaitu perempuan warganegara Malaysia berumur 40 tahun. Beliau merupakan anak kepada kes ke-1031 yang dirawat di Hospital Umum Sarawak. Beliau disahkan meninggal dunia pada 21 Mac 2020.
  • Kes kematian ke-7 merupakan kes ke-290, iaitu berumur lelaki warganegara Malaysia berumur 57 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Vietnam dan juga mempunyai kontak rapat dengan kes positif COVID-19 dari kluster tabligh. Beliau dirawat di Hospital Kuala Lumpur. Beliau disahkan meninggal dunia pada 21 Mac 2020.
  • Kes kematian ke-8 merupakan kes ke-781 berumur 69 tahun lelaki warganegara Malaysia. Beliau merupakan jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Jamek dan dirawat di Hospital Tumpat. Beliau disahkan meninggal dunia pada 21 Mac 2020.
  • Kes kematian ke-9 merupakan kes ke-890 berumur 48 tahun lelaki warganegara Malaysia. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara ke Turki. Beliau merupakan kakitangan KKM yang sebelum ini dirawat di ICU Hospital Tuanku Fauziah, Kangar. Beliau disahkan meninggal dunia pada 22 Mac 2020.
  • Kes kematian kesepuluh adalah melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 74 tahun daripada kluster tabligh, iaitu kes ke-259. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pada 13 Mac 2020 setelah mengalami simptom pada 8/3/2020. Beliau telah disahkan positif COVID-19 pada 14 Mac 2020 dan diberikan bantuan alatan pernafasan setelah keadaan kesihatan beliau semakin merosot. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 4.05 petang, 22 Mac 2020.
KKM ingin mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.
Adalah dimaklumkan bahawa sehingga 22 Mac 2020, bilangan anggota KKM yang telah menjalani saringan pengesanan COVID-19 adalah seramai 460 orang. Daripada jumlah tersebut, 270 adalah didapati negatif manakala baki 190 masih menunggu keputusan.
KKM juga ingin memaklumkan bahawa KKM prihatin terhadap kesihatan semua anggota KKM, termasuk juga aspek kesihatan mental. Di peringkat setiap fasiliti, KKM telah menyediakan perkhidmatan kesihatan mental dan sokongan psikososial untuk ahli keluarga dan mereka yang terkesan dari segi emosi akibat daripada kejadian COVID-19 ini.
WAKTU OPERASI FASILITI KESIHATAN PRIMER SEPANJANG TEMPOH SEKATAN PERJALANAN TERHAD
KKM ingin memaklumkan bahawa berikutan arahan Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, ia tidak menjejaskan pihak KKM dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang baik kepada rakyat Malaysia. Justeru, dimaklumkan bermula 22 Mac 2020 (Ahad), waktu operasi bagi fasiliti kesihatan primer KKM adalah seperti berikut:
Fasiliti Kesihatan
Waktu Operasi
Klinik Kesihatan
Tiada perubahan
Klinik Kesihatan Ibu dan Anak
Tiada perubahan
Klinik Desa:

·   Kedatangan lebih daripada 20 kes sehari
·   Kedatangan kurang daripada 20 kes sehari


· Tiada perubahan

· 8.00 pagi – 1.00 tengahari
Klinik Komuniti
9.00 pagi – 6.00 petang
Klinik Kesihatan UTC
Ditutup
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
Mengambil kira situasi semasa, KKM ingin menasihatkan orang ramai agar mengamalkan nasihat-nasihat kesihatan yang telah diberikan oleh pihak KKM. Setiap rakyat Malaysia boleh memainkan peranan dalam menangani penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia. Walaupun di rumah, orang ramai diminta untuk memastikan tahap kesihatan berada pada tahap yang optimum dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Sekiranya tidak sihat, hubungi virtual health advisory dan ikuti sesi Webinar yang akan diadakan setiap hari bermula pada jam 9.00 pagi melalui pautan berikut bagi mendapatkan khidmat rundingan:
Orang awam juga boleh menghubungi talian CPRC Kebangsaan, KKM. Maklumat lanjut mengenai kejadian COVID-19 di Malaysia boleh juga didapati melalui saluran telegram CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia; https://t.me/cprckkm.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini melalui segala maklumat yang diperolehi dan akan dimaklumkan kepada rakyat dari semasa ke semasa.
Sekian, terima kasih.
DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN
 BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 22 MAC 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI
BILANGAN KES
PERLIS
9
KEDAH
52
PULAU PINANG
58
PERAK
66
SELANGOR
309
NEGERI SEMBILAN
78
MELAKA
23
JOHOR
145
PAHANG
40
TERENGGANU
32
KELANTAN
63
SABAH
158
SARAWAK
76
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
183
WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
9
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
5
JUMLAH KESELURUHAN - 1306

Sumber> KPK KKM




Reactions:
20:46
z35W7z4v9z8w