Monday, December 2, 2019

Kisah Mak Minah

Ramai post benda ni sebab rasanya tidak tahu, jahil atau memang takda isu untuk buruk-burukkan orang. Mak Minah atau Minah Hashim sebenarnya bukanlah mati dibunuh dan dicincang dengan pedang panjang atau dengan gelaran hipster pedang samurai seperti yang konon dalam gambar tu. Kena orang jahil atau yang memang hati dah hitam sangat dengan kebencian mestilah akan kata ya kepada perkara ini.
Ikut kenyataan seorang lelaki yang mengaku cucu kepada arwah bernama Jamalludin Jamal menyatakan yang dia bukanlah meninggal akibat dicincang tetapi sebenarnya meninggal sakit tua. Golongan rasis dan pemecah belah rakyat Malaysia suka sebar benda bodoh macam ni. Seperti saya katakan tadi, kena orang jahil mereka akan percaya secara total tanpa usul periksa dan mula membahaskan dengan penuh kebencian melalui komentar di medsos.

Mak Minah atau nama sebenar Minah Hashim bukanlah mati dibunuh pedang samurai sebab dia ada berlakon filem Putus Sudah Kasih Sayang keluaran 1971. Dalam imdb.com pun ada nyatakan. Proses pengambaran filem itu adalah bermula pada 1968 dan berakhir pada tahun 1969. Sekiranya dakwaan itu adalah benar, kenapa baru sekarang benda ni disebarkan? Apakah pihak tertentu yang saya katakan takda modal begitu berani untuk menimbulkan kebencian dalam masyarakat kita? Kalau korang nak berbunuhan ke, nak mampus dan jadi bodoh ke, korang buatlah sendiri demi pegangan fahaman jahil korang.

Jadi, siasat dulu sebelum sebar... Sekian.

Reactions:
21:52
z35W7z4v9z8w