Monday, September 9, 2019

The Spy (Ada Syiling 10 sen Malaysia)

Tentu ramai penggemar Netflix tahu tentang mini siri terbaru iaitu The Spy lakonan Sascha Baron Cohen (biasa dia berlakon komedi tapi kali ni serius tahap guru disiplin sekolah). Ya dan dia juga adalah pelakon utama siri ini. Mulanya filem ini cuma untuk edaran negara-negara tertentu sahaja hinggalah Netflix menyiarkannya seluruh dunia bagi pelanggan setia mereka. Sudah tentu ramai yang tahu kalau Netflix memang tak ada penapisan. Unsur lucah dan ganas tetap disiarkan jadi buat yang komplen Netflix tak sesuai untuk tontonan umum, korang click saja bahagian account dan klik Netflix for kids dan korang tonton lah filem-filem berunsur hiburan kanak-kanak disitu.. (May God bless you hahahahaha).

Siri ini mempunyai pelbagai tajuk. Untuk edaran antarabangsa ialah The Spy, di Argentina sebagai El Espia dan untuk Israel iaitu Eli. Kisah ini sebenarnya mempunya 6 episode sahaja dan jangan harap ada sambungan lepas tu kecuali lah kalau Sascha Baron nak sambung cerita ni ala Borat atau Ali G dengan menjadikan Eli sebagai transformers. Kisah sebenar siri ini adalah berkenaan Eliahu Cohen (TIdak ada kaitan keluarga dengan Sascha Baron Cohen walau ada beberapa orang kata ya dan jangan percaya dengan mereka). Eliayahu Ben-Shaul Cohen Cohen atau Eli Cohen adalah seorang penjawat awam biasa di Israel dan pernah menyelamatkan orang Yahudi dari Mesir sebelum itu dan dia dipilih oleh Mossad untuk menjadi pengintip bagi mereka atas kerajaan Syria yang sering melakukan serangan kerana Israel mempunyai rancangan untuk merampas Bukit Golan dari Syria. Eli yang sudah berkeluarga dan mempunyai isteri iaitu Nadia merupakan seorang suami yang romantis dan penyayang dan dibuktikan dalam siri tersebut.

Eli terpaksa berbohong dengan isterinya menyatakan dia bakal dilantik menjadi seorang duta bagi Israel dan akan pergi ke Rome, Itali untuk bertugas di sana. Pada masa itu pihak Mossad telah melatih dia untuk menyamar menjadi seorang pedagang berbangsa Arab bernama Kamel Amin Thaabet dan sebenarnya dia dihantar ke Argentina kerana di sana ramai warga Syria yang mengasingkan diri dari konflik yang berlaku di Syria sendiri. Di sana Eli sebagai Kamel cuba menjadi seorang yang patriotik menyatakan yang dia ingin pulang ke negara asal ayahnya iaitu Syria dan mula berkenalan dengan orang-orang berpengaruh dari Syria. Oh ya hampir lupa aku beritahu yang siri ini adalah berdasarkan kisah benar tentang perisik Mossad itu sendiri iaitu Eli Cohen.Dia juga berbelanja dengan banyak dan menganjurkan majlis-majlis keraian dan menjemput warga-warga Syria yang ada untuk mendapat kepercayaan mereka. 


Selepas itu dia mula mengembara ke Damsyik, Syria dengan menggunakan kereta temannya dan menyembunyikan perkakasan pengintipan untuk menghantar kod Morse kepada pihak Mossad. Akhirnya dia telah berjaya masuk ke Syria dan dia mula menyewa sebuah rumah agam dengan bayaran 6 bulan penuh dan rumah tersebut adalah berdekatan dengan ibu pejabat tentera Syria sendiri. Dengan manjadi sebagai Kamel, dia berjaya memenangi hati setiap golongan atasan tentera dan juga ahli politik. Dia juga terlibat secara langsung dalam penggulingan presiden Syria masa itu iaitu bekerjasama dengan Amin Al-Hafiz yang menjadi presiden selepas itu. Eli atau Kamel telah membuka syarikat import dan eksport perabot ke Eropah dengan membuka syarikat Thaabet Import and Export dan di sanalah dia mula mengembangkan pengaruh dan dia juga dibawa berdekatan Bukit Golan dan markas utama tentera Syria. Dia telah memberikan cadangan kepada pihak tertinggi tentera yang mereka patut menanam pokok supaya tentera Syria dapat berlindung. Rancangannya berjaya dan mereka telah menanam pokok tersebut yang rupanya supaya pihak Israel dapat mengetahui kedudukan tentera-tentera Syria berada.

Tetapi, ada juga pihak yang tidak menyukainya iaitu Kolonel Ahmed Su'edani yang tidak mempercayai sesiapa pun termasuk Cohen atau Kamel. Selepas serangan ke atas markas utama Syria dilakukan Israel, Su'edani dapat mengagak yang terdapat pengintip di Syria sendiri dan dia mulakan dengan mengesan pancaran kod Morse setiap malam menggunakan kenderaan pengesan dan Eli tidak menyedari tentang pengintipan yang sedang dilakukan hinggalah dia berjaya ditangkap akhirnya kerana sedang menggunakan mesin kod Morse waktu pagi di Syria beserta semua yang terlibat dengan dia walaupun mereka tidak melakukan apa pun. Tentu ramai yang tahu Eli Cohen akhirnya ditangkap tetapi tidak bagus lah untuk aku pula menerangkannya dengan penuh di sini. Lagi bagus kalau korang tonton sendiri drama bersiri ini.
Mayat Eli Cohen yang dihukum gantung sampai mati

Terdapat juga beberapa "spoof" yang sebelum itu di Netflix ada buah dari planet lain iaitu rambutan. Tidak terlepas siri ini iaitu dalam episode ketiga sewaktu Eli atau Kamel melakukan rutin setiap hari iaitu membeli akhbar di tempat yang sama, ada duit syiling 10 sen Malaysia. Lokasi penggambaran mereka juga adalah di Maghribi (tidak dinyatakan di mana). Mungkin segala yang datang dari Malaysia adalah ganjil dan menarik? Cuba lihat gambar di bawah.

Syiling 10 sen yang sempat aku gambar
Bagi penggemar sejarah bagi aku, filem seperti ini adalah sesuatu yang bagus bagi aku kerana dapat mempelajari sejarah pengintipan dan kejatuhan Bukit Golan ke tangan Israel. Drama bersiri ini bukanlah sesuatu yang tepat menurut anak perempuan Eli Cohen sendiri iaitu Sophie kerana menurutnya banyak sekali perkara kurang tepat dalam filem itu. Ya sudah tentu dalam filem sesuatu perkara perlu disampaikan dengan penuh dramatis oleh pengarahnya supaya filem tersebut menarik untuk ditonton. Jadi jangan lepaskan peluang korang menonton tv siri ini hanya di Netflix ya gaisss... 


Reactions:
01:51
z35W7z4v9z8w