Thursday, September 19, 2019

Rambo: Last Blood Adalah Filem Rambo Terakhir?

Amaran: Jangan baca ni kalau tidak mahu spoiler!


Aku baru sahaja selesai menonton filem Rambo: Last Blood atau pun Rambo V (filem kelima dalam francais filem Rambo). Tempat menonton adalah biasa mana lagi kalau bukan di Growball Cineplex iaitu pawagam termurah di dunia. Belum ada tempat lain yang dapat beat pricing dorang. Mereka kata minggu ni sebagai sneak peek atau pun macam mengintai-intai lah ... dan memang biasa pihak pawagam Growball buat macam ni tayangkan seminggu awal selama 2-3 hari dan lepas tu mereka hentikan sekejap untuk menunggu tayangan rasmi seluruh dunia. Dulu pernah kawan beritahu kawan yang lain harga tayangan filem di situ dan dia terkejut dan memikirkan yang itu adalah filem lama yang ditayangkan semula. Biasanya di US, filem lama akan ditayangkan semula dengan harga rendah. 

Ok, tanpa membuang masa, aku ingin bercerita tentang filem Rambo V ini. Sebelum masuk ke panggung, aku dah kosongkan kepala tidak mahu fikir lebih-lebih dan mengharap filem ini sama seperti filem Rambo yang lain dan filem Sylvester Stallone yang lain kecuali filem Escape Plan (2 dan 3) yang sememangnya seperti filem buatan China yang hambar kerana filem Escape Plan yang pertama dengan Arnold Schwarzenegger lebih bagus dari sekuel-sekuel selepas itu. Waktu beli tiket, seperti biasa aku pilih duduk barisan paling hadapan. Sebab mau concentrate lah konon dan satu lagi kan dulu di rumah ibu bapa kita larang tengok tv dekat-dekat konon akan merosakkan mata. Aku memilih tempat duduk A02 iaitu bahagian tengah di Hall 8 yang dikira besar sama seperti Hall 9. Tidak sangka juga ramai penonton yang mahu menonton filem Rambo. Jadi, aku masuk dan mencari tempat duduk dan mengeluarkan KFC loaded bowl (sebenarnya pihak pawagam melarang membawa makanan dan minuman dari luar) dan juga minuman yang sudah dibeli. Kebetulan belum lagi makan dari siang tadi. 

Jadi, filem pun bermula dan menunjukkan suasana rumah John Rambo di Arizona dan dia tinggal bersama pengasuh atau orang gaji yang bernama Maria dan juga anak buah perempuan bernama Gabrielle. Rambo amat rapat dengan anak buah nya itu dan mereka bersama-sama menjaga kuda-kuda peliharaan Rambo. Rambo juga ada hobi lain dan pelik seperti mengumpul senjata api dan juga pisau serta menggali lubang dan membuatnya seperti gua atau terowong bawah tanah sama seperti dari filem Rambo 3 yang dia bertempur dalam terowong dan kubu serta bahagian pertama, First Blood, yang dia bertempur dan bersembunyi dalam gua. Dia juga melakukan kerja-kerja besi dan dia sebenarnya masih mengawal dirinya dari melakukan keganasan oleh kerana anak buahnya Gabrielle.

Gabrielle pula berasa ingin tahu tentang keberadaan ayah kandungnya yang menghilangkan diri sewaktu dia kecil dan pergi ke Mexico. Dia rasa ingin tahu tentang kenapa ayahnya meninggalkan mereka semenjak 10 tahun yang lalu. Jadi dia minta bantuan sahabat lamanya iaitu Jezel yang tinggal di Mexico untuk menjejaki ayahnya. Jezel telah berjaya menemui ayah Gabrielle di Mexico dan telah menghubunginya semasa dia dan rakan-rakan sekolah mengadakan majlis di terowong yang digali oleh Rambo. Ini menambahkan lagi semangat bagi Gabrielle untuk menemui ayahnya tetapi ditegah oleh Maria dan Rambo sendiri. Gabrielle secara diam-diam melintasi sempadan untuk ke Mexico dan dia pun bertemu dengan Jezel yang memang menantinya disana. 



Ok, aku tak akan melebih-lebih bagi spoiler filem ini. Apakah yang terjadi selepas itu? Dan apakah yang menyebabkan Rambo mengamuk buat kali terakhir kali ini? Ya... ini adalah filem terakhir Rambo. Jadi korang pergilah menonton filem ini. Trivia, korang tahu tak yang pisau benet yang biasa pengakap atau pengembara guna tu dinamakan sebagai Pisau Rambo adalah berdasarkan dari filem Rambo: First Blood dan sementara filem Rambo 3 pula ianya difilemkan di Israel bersama dengan pelakon-pelakon dari negara sekitarnya dan bukanlah difilemkan di Pakistan dan Rambo 3 juga dianugerahkan filem paling ganas pernah dibuat. Buat semua, jom ke pawagam menonton Rambo: Last Blood.

Rating: 7.5/10


Reactions:
14:05
z35W7z4v9z8w