Thursday, September 5, 2019

IT Chapter 2

Ok berapa ramai dah menonton IT Chapter 1 yang diadaptasi dari buku Stephen King? Berapa ramai pula dah baca buku tersebut? Rasanya ini antara buku Stephen King yang dia mula menggunakan nama betul dan ianya buku yang diterbitkan pada tahun 1986 (kalau tak salah). bagi Chapter 2 atau bab kedua, filem ini masih berdasarkan buku IT yang sama yang telah diterbitkan pada tahun 1986. Cuma kali ini watak mereka semua dah dewasa dan mempunyai kerjaya sendiri. "The Losers Club" itu sendiri bukan lagi orang yang tidak mempunyai masa depan. Antara mereka seperti Bill Denbrough (James McAvoy) telah menjadi penulis buku dan walaupun bukunya dijadikan filem tetapi filem tersebut mempunyai kesudahan yang tidak berapa menarik, Beverly Marsh (Jessica Chastain) yang sebelumnya seorang tomboy tetapi telah menjadi dewasa dan sudah bersuami walau suaminya seorang yang kaki pukul dan mempunyai jenama pakaian mereka sendiri, Ben Hanscom (Jay Ryan) yang sewaktu kecil seorang yang gemuk dan sering menjadi mangsa buli terutama sekali oleh Henry Bowers yang mempunya masalah kurang kasih sayang tetapi Ben telah menjadi dewasa dan bertubuh sasa, Richie Tozier (Bill Hader) menjadi seorang komedian pentas yang berjaya tetapi masih lagi akan muntah kalau berdepan dengan sesuatu perkara yang membimbangkan, Mike Hanlon (Isaiah Mustafa) pula bertanggungjawab mengumpul semua ahli The Losers Club semula dan membuat kajian bagaimana mengalahkan Pennywise, Eddie Kaspbrak (James Ransone) pula masih tetap dengan ubat asthma dan hipokondriak iaitu seseorang yang takut dengan kekotoran dan juga Stanley Uris (Andy Bean) mempunyai firma perakaunan dan sukses tetapi tidak dapat bersama anggota TLC yang lain kerana dia telah membunuh diri selepas menerima panggilan telefon dari Mike Hanlon.

Memang ramai yang menantikan filem ini terutama sekali penggemar karya Stephen King dan juga yang telah menonton filem IT 2 tahun yang lalu pada tahun 2017. Seperti biasa, jangan berharap sebuah filem itu akan sama seperti hebatnya kisah dalam buku. Filem kali ini tetap dengan pengarah pada 2017 iaitu Andy Muschietti. Filem ini bemula dengan suatu babak sewaktu selepas 27 tahun setelah TLC berjaya mengalahkan Pennywise kali pertama semasa acara kira pesta ria atau funfair di Derry, Maine. Dan seorang budak lembut iaitu bernama Adrian dibelasah oleh geng pembuli sebelum badannya dihumban ke sungai dan dikutip serta dimakan jantungnya oleh Pennywise. Akibat kejadian tersebut, Mike yang merupakan salah seorang anggota TLC yang tidak pernah meninggalkan Derry telah melakukan siasatan di kawasan sungai tersebut dan telah melihat contengan menggunakan darah di kaki jambatan. Dia terus menghubungi ahli-ahli TLC yang lain dengan segera untuk memaklumkan yang Pennywise telah kembali mengganas di Derry. 

Pertemuan mereka semula berlangsung di sebuah restoran Cina dan berlakulah usik-mengusik antara mereka hinggalah mereka sedar yang Stanley tidak dapat hadir kerana telah meninggal dunia akibat membunuh diri akhirnya. Terutama sekali karakter Ben Hanscom yang bermulut celupar dan juga suka mengusik dan lucu sebenarnya kerana pelakonnya sering membuat persembahan di Saturday Night Live (wooooooo...). Setelah mereka makan, maka mereka pun memecahkan fortune cookie mereka, setiap fortune cookies tersebut ada perkataan yang kalau disambung akan menjadi ayat yang memberitahu yang Stanley telah membunuh diri. Setelah itu berlaku kejadian ganjil yang fortune cookies itu semua seolah-olah "menetas" dan menghasilkan hantu-hantu kecil yang mahu menyerang mereka hingga mereka sedari yang sebenarnya semua itu hanyalah ilusi mereka apabila pelayan restoran itu masuk. 


Bermulalah adventure mereka yang mana mereka melakukan perancangan untuk menghapuskan Pennywise atau IT buat selama-lamanya. Mike memberitahu rakannya yang lain yang mereka harus menyediakan barangan yang paling kuat dalam memori mereka untuk dijadikan "korban" dalam upacara menghapuskan Pennywise. Maka bermulah pengembaraan mereka yang mana banyak sekali dugaan dan halangan yang terpaksa mereka hadapi. Walau semuanya hanyalah ilusi mereka (ada persamaan dengan serangan Freddie Kruger dalam Nightmare on Elm Street), tapi mereka tetap berasa kesakitan. Henry Bowers berjaya melarikan diri dari hospital psikiatri dan ingin membunuh anggota TLC seolah-olah dia telah dirasuk kejahatan dari Pennywise. Orang yang dia buru terutama sekali Ben Hanscom iaitu yang dia amat suka untuk buli kerana anggota badannya sebelum itu. Mereka semua sebenarnya telah berjaya mengumpul semua relic yang ingin dikorbankan dan tiba masa untuk mereka masuk ke sarang Pennywise, banyak sekali babak-babak seperti dari filem Stanley Kubrick iaitu The Shining ditunjukkan dan siap ada dialog "Here Comes Johnny!".


Kalau bagi aku, filem ini menghiburkan dan lebih baik dari IT zaman Tim Curry tahun 1989 tetapi babak-babak yang dicedok dari The Shining itu agak melampau bagi aku. Dan aku berikan filem ini 3.5/5 bintang. Tidaklah menghampakan kerana pelakon-pelakon yang hebat-hebat semua. Kalau korang rajin periksa, Stephen King ada dalam filem itu dan begitu juga dengan pengarah Andy Muschietti sekadar cameo dalam filem tersebut. Jadi kalau korang suka main game ala "Where's Wally?", tengoklah filem ini. Tapi kalau korang rasa yang korang dah kena pengaruh penulisan aku, korang bacalah buku nya pula. Lagi bagus. Filem ini terlalu panjang rasanya dan ianya sudah boleh join kumpulan filem-filem panjang dari Bollywood iaitu lebih kurang 3 jam. Masuk 8.40 pm dan habis pada 11.20 pm. Memang suatu masa yang terlalu lama dan kalau di India ramai dah pulang sebab takda adegan nyanyi-nyanyi dan golek-golek di taman bunga. 

Sebagai trivia untuk korang semua, Derry merupakan tempat fiksyenal ciptaan Stephen King. Tempat tersebut tidak wujud pun di Maine, Portland. Stephen King dulu sering menggunakan nama lain selain nama sebenarnya sebagai nama pena iaitu Richard Bachman, John Swithen dan Beryl Evans. Jadi jom ramai-ramai ke panggung..... 

Reactions:
00:55
z35W7z4v9z8w