Tuesday, August 13, 2019

Ruang Komen dan Domain

Asalamualaikum buat semua dan selamat hari raya Aidiladha... ok setelah sekian lama aku berfikir.... akhirnya aku pun ambil keputusan untuk mendapatkan domain sendiri buat blog aku ni beserta dengan menghidupkan semula ruangan komen kat setiap entri aku.. dan untuk domain, aku berjaya mendapatkan satu dengan harga USD1/tahun yang dibeli kat ionos.com. Memang kira berbaloi lah .. dan aku ambil domain bernama rahzamdy.com untuk blog aku ni sebab twithandle aku pun rahzamdy juga senang diingat. Mungkin dikala zaman serba baharu ini ramai yang dah tak mengharapkan blog sebagai bahan bacaan. Mereka lebih suka meluah rasa di dinding Facebook atau tidak pun di twitter. Tapi aku rasa yang aku ni masih kira old school sebab masih mau luah rasa panjang-panjang jadi aku pilih blog lah tempat aku luah rasa. Sebab aku boleh marah atau pun apa saja dan taip panjang-panjang dan takda siapa nak tegur ... LOL
wixchat

Untuk blog baharu ini (walau dah lama) aku dah setkan ruangan borang kontek so orang bolehlah hubungi aku selain daripada letak di ruang komen nak mencari aku atau ruangan chat. Ruangan chat tu aku tujukan ke rangkaian IRC iaitu irc.wixchat.org yang dipunyai kawan dari Malaysia juga. So untuk sokong network kawan aku pointkan kat sana dan kalau dah bosan aku larikanlah tempat lain pula..

Ok nak cerita tentang ruang komen pula, aku dah nekad nak gunakan perkhidmatan dari disqus sekali lagi walau dia pernah digodam dahulu. Bukan apa yang bestnya disqus ni ianya boleh support thread comment. Jadi kalau nak gaduh pun boleh. Siapa peduli. disqus sebenarnya amat bagus dan ringan.. mau cuba guna ruang komen blogger, ntah lupa pula setting dia bagaimana.. rasa bingung pun ada pula lupa cara setup dia. Takpa kalau aku ingat nanti aku share juga. Ok, siapa lagi yang masih blogging dizaman microblogging ni? Dulu ada juga sakit hati ngan aku di twitter lepas tu dia pula terasa sendiri apa aku tweet. Dunia-dunia... biarlah bukannya kita boleh puaskan hati semua orang. Kalau fikir hati dan perasaan orang 24 jam sehari, pasti sampai kiamat pun kita pula tak terjaga. Lepas tu ramai yang minta kena jaga perasaan tu pula akan pergunakan kita. Kejamnya dunia ni, kan? Memang dah lumrah lah..... 

Ok... buat semua, enjoy my new blog theme lebih tenang dan harap tak berhantu lepas ni sebab aku harap aku rajin lah update segalanya... buat semua, selamat hari raya Aidiladha sekali lagi.....

Reactions:
23:32
z35W7z4v9z8w