Friday, August 16, 2019

Liverpool FC Tetap Dalam Hatiku

Aku jarang post entri tentang pasukan kesayangan aku sejak dulu iaitu Liverpool FC. Yang memang jarang sekali. Ya... memang jarang seperti juga aku post entri tentang binatang peliharaan aku.... Jadi untuk kali ini, niat aku bukan mahu minta puji atau apa... sudah masanya untuk aku betapa aku rasa sebak nak menangis dan ketawa dan menjerit dengan pencapaian Liverpool FC untuk kali ini... Ya... aku secara jujur mengikuti Liverpool sejak dahulu iaitu zaman Kenny Dalglish iaitu pada tahun 85 atau 86 .. sudah tak berapa ingat sebab zaman tu support juga dengan team Sheffield Wednesday iaitu suatu pasukan tertua di EPL... lama-lama makin jatuh cinta dengan pasukan ni.. bukan sebab mereka "glory hunter" atau apa tetapi kerana penyokongnya yang memang terbaik di Eropah... yang pasukan satu tu aku faham juga sebab tengok penyokong dia bila pasukan mereka sokong kalah terus merajuk ada yang siap tutup kedai .. Perkara ini tidak akan ada dalam kamus penyokong sejati Liverpool FC.

Setelah sekian lama Liverpool FC dahagakan kemenangan, iaitu kemenangan terhadap kejuaraan yang besar seperti Champions League dan kali terakhir pada tahun 2005 iaitu bulan May, dan waktu itulah nama Rafa Benitez dan skuad Liverpool FC menjadi legenda sukan bolasepak Eropah beserta dengan kebangkitan dramatik pasukan Liverpool FC ketika berdepan dengan pasukan A.C. Milan yang mulanya ketinggalan 3-0 dan pada separuh masa kedua Liverpool FC mengejar menyamakan kedudukan 3-3 dan membuatkan keputusan terpaksa dicari dengan sepakan penalti dan kemenangan kepada pihak Liverpool FC dengan 3 gol berbalas 2. Malam di Istanbul yang penuh dramatik. Untuk tahun 2019, perlawanan akhir dengan Tottenham Hotspur di Madrid, Sepanyol hanyalah umpama pemanas badan sebelum kempen 2019 bermula (kerana statistik menunjukkan Spurs tidak akan berjaya mengalahkan pasukan Liverpool). Perlawanan sebenar adalah ketika sepatuh akhir berdepan dengan Barcelona FC iaitu pusingan pertama kalah di tempat lawan dengan 3-0 dan kemenangan 4-0 ketika pusingan kedua di Anfield tempat keramat bagi Liverpool. Malam yang penuh dengan kegembiraan apatah lagi waktu itu adalah malam Ramadhan dan waktu sahur... ramai menahan lapar tanpa sahur malam tersebut.





Video di atas diambil semasa acara Kinabalu Reds menonton perlawanan akhir di dewan Kompleks Karamunsing.... secara beramai-ramai penyokong Liverpool FC meraikannya dan kelihatan juga ada penyokong yang tidak dapat menahan air mata ... Ya penyokong sejati yang sudah lama menyokong dan kelihatan ramai kira old timer juga masa tu. Teman yang merupakan penyokong Arsenal juga bersama menonton dan ada juga warga Korea yang datang dan rasanya mereka menyokong Spurs kerana pemain Korea ada bermain dengan Spurs. Tidak sia-sia Jurgen Klopp menjadi pengurus Liverpool FC. Jurgen Klopp menjadi pengurus yang disebut-sebut sebelum kedatangannya ke Anfield dahulu. Seorang pengurus yang berjaya membawa Borussia Dortmund dari pada tiada kepada sesuatu yang ada dan hebat. Menjadi sebutan seluruh peminat bolasepak dunia. Hinggalah dia datang ke Anfield dan pernah dengan lelucon mejawab soalan bagaimana sekiranya dia tidak mebawa apa-apa kepada Liverpool, dia katakan yang dia mungkin mengakhiri karier pengurusannya dengan sebuah kelab di Switzerland dan disambut dengan ketawa oleh para hadirin. 

Setelah beberapa bulan kemenangan Liverpool dengan piala UEFA Champions League atau Liga Juara-Juara, kali ini Liverpool berdepan pula dengan juara Juara Liga Eropah iaitu Chelsea yang juga dari England dalam perlawanan meraih Piala Super atau pun Super Cup bagi 2019. Perlawanan ini dilakukan di Istanbul, Turki tempat kemenangan Liverpool pada 2005 dalam kempen Liga Juara-Juara ketika berdepan dengan A.C. Milan. Perlawanan mendebarkan dengan gol pendahuluan oleh Chelsea hasil sepakan Olivier Giroud dan
Hero perlawanan, Adrian San Miguel
lepas itu dua gol oleh hero Liverpool FC, Sadio Mane anak Imam Senegal. Sebelum sepakan penalti diberikan untuk Chelsea oleh Jorgino dan membuat keputusan 2-2 dan membawa kepada perlawanan masa tambahan yang juga tidak dianugerahkan sebarang gol bagi kedua pasukan. Selepas itu pengadil mengumukan masa tambahan melalui sepakan penalti buat kedua pasukan yang bermula dengan gol bagi kedua pasukan

sebelum Mo Salah menganugerahkan gol kelima untuk Liverpool dan Tammy Abraham pemain Chelsea golnya diselamatkan oleh Adrian San Miguel (penjaga gawang gantian bagi Allison Becker yang cedera). Masa itu seluruh stadium Ataturk bergema dengan jeritan penyokong Liverpool. Sebuah sejarah dilakar lagi di Istanbul tapi kali ini pada tahun 2019. Heronya adalah Adrian San Miguel yang berpindah dari West Ham secara percuma dari Liverpool dan Sadio Mane selaku Man of the Match. Sesuatu yang menakjubkan dan menambah kecintaan aku kepada Liverpool FC. 




Terima kasih Jurgen Klopp kerana memberikan Liverpool untuk bermimpi indah buat selamanya dan membuatkan mereka yang hampir lelah untuk percaya kembali serta skuad Liverpool dan juga Fenway Sports Group (John W. Henry dan isteri) kerana memberikan kepercayaan buat bakal legenda Liverpool selamanya iaitu Jurgen Klopp... Biarlah apa orang nak kata, yang penting penyokong Liverpool yang sejati tetap berdiri dengan gagah dibelakang pasukan Liverpool FC. Semoga semangat Bill Shankly akan ditiup disetiap jiwa pemain Liverpool dan penyokongnya... You'll Never Walk Alone.



Reactions:
18:04
z35W7z4v9z8w