Saturday, August 17, 2019

Ingress Umbra Anomaly Bahagian 2

Ok setelah bahagian pertama 2 hari lepas hari ini aku baru akan menyambung blog entri berkaitan dengan permainan mobile iaitu Ingress. Sekiranya anda belum membaca entri sebelum ini, anda bolehlah ke sini:



Ya, kali ini adalah bahagian kedua. Jadi kesinambungan bagi yang pertama dan aku mau cerita sedikit tentang apa yang ada masa anomaly tersebut. Selain daripada "berperang" masa anomaly itulah setiap pasukan akan memerah otak bagi terutama ketua pasukan beserta dengan intel yang akan membuat penelitian selain daripada perancang.. Setiap anomaly akan berbeza-beza syarat permainan. Ada yang meminta field besar untuk menutupi playbox anomaly bagi mata kemenangan suatu paksi cuma akhir-akhir ini cara permainan tersebut sudah tidak diguna pakai sekarang kerana cara tersebut ada beberapa individu melakukan penipuan atau pun cheat menggunakan teknik spoofing dengan "terbang" ke portal-portal strategik dan membuat field besar dan ianya bukanlah sesuatu yang bermaruah sehinggakan ada antara mereka berbangga sambil melakukan laporan situasi (sitrep) walau dengan menggunakan kaedah penipuan.

Sewaktu anomaly juga seorang pemain dikehendaki mendengar perintah dari intel atau pun ketua dengan tindakan selanjutnya apa yang harus dilakukan. Portal-portal akan ditandakan dalam anomaly map dalam bentuk kod-kod tertentu bagi kemudahan pergerakan pemain-pemain dalam pasukan. Aku sendiri pertama kali menjadi pembantu ketua atau co-team leader di Jogja dalam siri anomaly Recursion Prime dan diberi peluang kedua dalam siri Myriad di Bandung tapi aku tidak dapat pergi atas urusan peribadi. Untuk siri Umbra, Ianya akan berlangsung pada bulan Oktober nanti dan seperti telah maklum, Kota Kinabalu adalah salah satu lokasi acara serentak dengan Newcastle, Australia beserta Taoyuan, Taiwan bagi Asia dan ada beberapa lokasi lagi di Eropah dan juga di Amerika. 

Anomaly biasanya suatu yang ditunggu-tunggu oleh pemain Ingress yang tegar atau hardcore kerana disitulah mereka akan membuat atau membuktikan keberkesanan taktik mereka ketika bermain Ingress dengan adanya lawan. Salah satu lagi, waktu anomaly juga umpama pertemuan sosial antara pemain berlawanan dan ada kalanya juga mereka yang bertemu jodoh dalam Ingress. Tidak mustahil semua itu. Sekiranya anda ingin mengetahui acara-cara atau pun events Ingress sekitar negara anda, anda bolehlah melayari laman ini: 


Dari sanalah anda akan dibawa ke mana-mana tempat acara dari Mission Day ke Ingress First Saturday hinggalah ke Anomaly dan juga pergerakan kenderaan Niantic yang popular dipanggil NL1331. Maka pemain atau pun disebut sebagai ejen atau agent membuat persiapan awal dari segi tiket penerbangan, keretapi atau pun tempat tinggal dan belum lagi bajet untuk makan dan bersiar-siar. Perkara yang sama berdasarkan pengalaman lah yang aku gunakan dalam persediaan Umbra anomaly bagi Kota Kinabalu, Oktober nanti. Bukan sahaja anomaly pada hari Sabtu tetapi juga Mission Day pada keesokan hari iaitu Ahad. Mission Day adalah satu cara bagi pemain Ingress meneroka pelusuk tempat kota tuan rumah anomaly. Begitu juga dengan penyediaan medal Mission Day sera lojistik persediaan. Ohh aku baru ingat yang aku belum ke DBKK (Dewan Bandaraya Kota Kinabalu) dan juga IPD Karamunsing bagi permit perhimpunan aman. Kalau tidak nanti akan ada pemain Ingress kena angkut sebab berkumpul.  

Buat semua di luar sana, kalau mahu bermain Ingress jangan lupa pilih biru atau Resistance dan setelah mencapai level 8, klik lah laman ini:



Lepas tu klik di sini untuk pendaftaran selanjutnya iaitu pendaftaran bagi Resistance (bagi memudahkan pemain-pemain dibahagikan ke kumpulan-kumpulan) dan juga pemberitahuan partisipasi pemain dalam Ingress kerana sebelum ini ada pemain mendapat medal walau tanpa datang ke anomaly jadi kali ini lebih adil kepada mereka yang bersusah payah untuk datang. Sekali lagi kalau anda kata yang anda harcore gamer, cubalah bermain Ingress dengan pergi ke playstore atau pun appstore serta cuba bermain permainan ini.... Bagi Resistance, sekarang ini sedang berlangsung cabaran Mission Impossible cuma menggunakan scanner Prime dan ingin ketahui lebih lanjut, sila ke laman ini:


Serta satu cabaran lagi bermula seminggu ini semenjak semalam jam 1.00 pagi iaitu ini:




Menarik kan? Jadi tunggu apa lagi? Muat turun sekarang dan cuba lah... sila ping saya @EFyu di comm scanner anda dan beritahu yang anda telah bermain permainan ini. Sekian.

Reactions:
00:59
z35W7z4v9z8w