Wednesday, August 14, 2019

Ingress Umbra Anomaly Bahagian 1


Tentu korang masih ingat dulu yang aku pernah pos tentang Ingress suatu permainan mobil atau pun mobile game... Masih ingat kan? Kalau tidak ingat boleh check entri tersebut di bawah ni.


Ya. Ianya adalah bapak kepada permainan Pokemon Go dan Harry Porter Wizard Unite. Pokestop, Inn, Castle, Gym dan sebagainya yang ada dalam dua game tersebut adalah datang dari ingress. Pemain ingress yang biasa dipanggil sebagai ejen atau agent (dalam bahasa Inggeris) yang mencalonkan suatu tempat tersebut menjadi portal atau pokestop dan sebagainya. Sekarang pemain pokemon pun sudah pandai mencalonkan suatu tempat menjadi pokestop apabila mereka sampai ke level 40. 

Terdapat dua paksi dalam Ingress iaitu Resistance (biru) dan Enlightened (hijau) jadi untuk makluman, aku adalah Resistance atau smurf. Untuk entri kali ini aku bukanlah mahu bercerita tentang ingress lagi, so, korang bolehlah pergi klil entri lama yang telah aku sebut di atas. 

Seperti tajuk entri di atas, Ingress Umbra anomaly adalah satu siri anomaly dalam siri Nemesis bagi 6 tahun terakhir 2019 dan Kota Kinabalu telah terpilih menjadi tuan rumah anomaly kali ini pada 12hb Oktober 2019. Aku hampir gila kerana terlalu sibuk dan nasib ada bantuan dari teman-teman dari negara lain.. aku mau meluah juga sebenarnya yang tidak ramai rakan (lokal) yang mahu membantu. Mungkin mereka ingat acara ni seperti mahu sambut majlis harijadi kot?? Tapi tidak mengapa lah... aku bukan nya mau ganggu mereka yang sedang jiwa kacau dan galau. Aku pun kesian juga dengan POC kedua iaitu @munge yang sudah berkeluarga dan menjaga anak. Ya memang begitulah rasanya bila sudah jadi ayah... keluarga didahulukan. Aku pun kalau ikutkan waktu cuti sekolah sibuk pula dengan anak sendiri.. nasib belum rencana kami melancong dan aku dah rancang melancong hujung tahun sahaja.

Ya ramai tidak tahu apa itu anomaly. Anomaly adalah umpama perang antara dua paksi dalam Ingress. Yang menariknya peperangan tersebut dalam beberapa bentuk dan peraturan dan mereka yang menang akan membantu suatu paksi memungut mata untuk global. Ada hadiah? Ada iaitu kepuasan seseorang pemain dan ada juga pemain yang suka melancong akan ke tempat-tempat baharu, bolehlah ikut anomaly ditempat tersebut sekiranya ada. Untuk Kota Kinabalu, memang persediaan kedua belah pihak dan suatu tindakan itu harus dipersetujui empat orang POC (Point of Contact). 

Btw, aku kena berhenti dulu buat entri kali ini sebab nak sambung berjalan dengan kawan di CP... jadi aku akan sambung entri ni ke bahagian 2. Malam karang atau besok.. sekian...

Reactions:
16:57
z35W7z4v9z8w