Wednesday, June 5, 2019

Perbezaan dan Penggunaan Perkataan Mudik

[mu.di/] | موديق 





Penggunaan perkataan "mudik" antara 2 negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Biasanya kita akan dengar atau terbaca perkataan "mudik" digunakan di Indonesia sempena perayaan dan tanggapan awal kita pasti terfikir yang di Indonesia mereka menggunakannya sebagai menandakan mereka balik atau pun pulang kampung. Tapi sebelum itu, ini adalah penerangan perkataan tersebut antara dua buah negara.


Perkataan mudik di Indonesia biasanya menggunakan penambahan "ke" pada awal perkataan dan "an" diakhirnya dan disebut "kemudikan" atau "kemudi".


Contohnya;


id Aku yang kemudikan.


ms Aku yang memandu.

---

id Kali ini aku yang kemudikan.


ms Saya yang akan pandu kali ni.

---

id Bisa kau kemudikan Truk itu?


ms Boleh awak pandu trak itu?

---

id Sekarang, silahkan kemudi.


ms Sekarang, pandulah.

---

id Harrison, kau kemudikan.


ms Harrison, awak pandu.


*id = Indonesia

 ms = Malaysia


Itu adalah contoh perbezaan penggunaan perkataan mudik pada bahasa Indonesia. Sementara itu, dalam bahasa Malaysia, contoh penggunaan "mudik" menurut Dewan Bahasa dan Pustaka adalah seperti berikut: 


Definisi : belayar atau pergi ke hulu sungai: Dr Teluk Intan, mereka ~ sampai ke Karai. memudiki belayar mudik di (sesebuah sungai): Setelah dua hari ~ sungai itu, sampailah mereka di tempat yg dituju. memudikkan menjalankan (perahu dll) ke hulu sungai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua). 


Sementara di Indonesia penggunaan perkataan yang cuma "mudik" menunjukkan yang warga mereka pulang kampung dan seperti yang kita tahu Indonesia suka menggunakan akronim dan singkatan seperti:


1). Bukber = berbuka (puasa) bersama


2). Nobar = nonton bareng (merujuk kepada menonton.  sesuatu acara bersama.


3). Pemilu = Pemilihan Umum (pilihan raya umum)


Serta banyak lagi.


Bagi perkataan "mudik" di Indonesia yang biasa kita dengar dimusim perayaan, ianya diambil dari bahasa Jawa Ngoko iaitu "Mulih Dilik" atau pulang sebentar dan setelah itu, disebut disingkatkan menjadi mudik. Jadi, ianya biasa digunakan sebagai terma bagi balik atau pulang kampung di Indonesia.


Sekian.


Rujukan: 

English Wikipedia

Indonesia Wikipedia

Dewan Bahasa dan Pustaka

Reactions:
20:07
z35W7z4v9z8w