Monday, January 21, 2019

Isu Hakim Negara, Peguam Negara dan Peguam-Peguam Menari Atas Pentas



Kenapa orang Semenanjung kecoh, sedangkan orang Malaysia timur steady je?

Ini perkongsian tentang budaya orang Sabah dan Sarawak yang berbeza dengan orang Semenanjung.

Latar belakang:
Badan-badan penyelia peguam-peguam di Malaysia:-

1. Majlis Peguam (untuk peguam-peguam Semenanjung)

2. Persatuan Undang-undang Sabah (untuk peguam-peguam  Sabah)

3. Persatuan Peguam Bela Sarawak (utk peguam-peguam Sarawak)

Saya tidak pasti cara Semenanjung meraikan "Opening Of Legal Year", tetapi di Sabah dan Sarawak  ia diraikan dengan perarakan pada sebelah pagi dan Gala Dinner pada sebelah malam.

Aksi menari berlaku dalam "Gala Dinner Opening Of Legal Year 2019" yang disertai Hakim-Hakim, Peguam-Peguam kerajaan & Peguam-Peguam Malaysia timur.

Kepada sahabat-sahabat Semenanjung, mungkin aksi menari Ketua Hakim, Peguam Negara brsama Peguam-Peguam nampak ganjil, asing dan pelik, sehingga sukar diterima. Maka berbondong-bondong ahli-ahli politik pembangkang dan kerajaan mengecam aksi menari tersebut sebagai tidak professional dan tidak beretika.

Suka hati saya nak kongsikan, benda ini bukan benda yang baru muncul di era Malaysia Baharu (seperti yang dituduh UMNO).

Gala Dinner Pengamal Undang-undang Malaysia timur berlangsung setiap tahun sejak tahun 2001 (ketika UMNO masih memerintah), yang mana tarian dan nyanyian turut diadakan.

Ia lambang kematangan warga pengamal undang-undang Malaysia timur, di mana work life dan social life boleh dilakukan. Ia juga berkait rapat dengan budaya Malaysia timur- we treat one another as fellow human beings, bukan asyik cari perbezaan untuk bermusuhan antara satu sama lain.

Sebab itu UMNO atau pembangkang di Sabah dan Sarawak pun tidak  jadikn ini isu, sebab dorang tau ini budaya Sabah dan Sarawak. Yang sibuk kecam semuanya ahli-ahli politik Semenanjung pembangkang  dan kerajaan, kerana kurang peka tentang budaya Sabah dan Sarawak.

Timbul juga dakwaan kononnya ini bukti Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara kamceng, atau pun hakim dan Peguam-Peguam tertentu kamceng.

TAK BETUL. Sebab yang hadir adalah SELURUH warga pengamal undang-undang, termasuk hakim-hakim, Peguam-Peguam JPN atau Peguam-Peguam yg pro-UMNO, pro-PAS mahupun anti-PH.

Buat geng yang suka sangat politikkan everything dan condemn tanpa memahami budaya orang Malaysia timur, saya ingin jemput anda berkunjung ke Sabah untuk merasai Sabahan Hospitality.

Di Sabah, we are friendly and warm to all, sebab bukan semua benda dilihat melalui kacamata politik.

Kami dibesarkan denganadat dan budaya melayan everyone as fellow human beings. Bukan layan orang  lain sebagai "orang Islam", "orang bukan Islam", "orang UMNO", "orang PH", "orang kafir", "orang ekstrimis" dan sebagainya.

Sebab tu pro-UMNO boleh berkawan dengan pro-PH, pro-PH boleh berkawan dengan pro-UMNO. Muslim bukan Muslim, KDM Cina Bajau semuanya bergaul dengan mesra di Sabah. No issue.

Kalau awak UMNO, saya PH pun akan bagi awak layanan best. Saya PH pun, UMNO akan bagi saya layanan best

Kami tidak taksub cari perbezaan atau kesalahan org lain, tidak suka memperkotakkan masyarakat ikut agama, bangsa mahupun fahaman politik.

Bukan seperti sesetengah pihak, dia nampak lain agama, sebar prasangka buruk. Nampak lain bangsa, jauhkan diri. Nampak lain fahaman politik, hentam.

Tak percaya?

30 Mei ni datang ke Sabah untuk Pesta Kaamatan. Awak akan jumpa orang Islam, orang bukan Islam bersama meraikan Pesta Kaamatan.

Bahkan Muslim rai Krismas, bukan Muslim rai Raya, KDM rai CNY, bukan KDM rai Kaamatan adalah perkara biasa. Sebab memang pun ini budaya kami di Malaysia timur.

-end-

Reactions:
15:52
z35W7z4v9z8w