Wednesday, January 23, 2019

Bossku!!



Design untuk T-Shirt dari TeePublic



Perkataan "Bossku" dah jadi trend sekarang dekat Malaysia hinggakan ada ahli politik sendiri gunakan dan ada juga yang "klaim" perkataan itu dia mulakan dan siap letak penambahan "Malu Apa" sebelum bossku. Design tu untuk design t-shirt dan pastinya kalau ada orang lain gunakan design tu gerenti dia akan marah dan katakan itu hakcipta dia. Chill lah... bukan korang yang mulakan perkataan tu. Korang cuma popularkan. Ok, aku ingin mulakan "penemuan" perkataan bossku dalam hidup saya yang berasal dari Sabah (sebuah negeri yang terletak di Malaysia timur dan membentuk Malaysia bersama Sarawak dan Singapura dan bukannya negara lain). Aku mula-mula dengar perkataan itu digunakan oleh orang berasal dari daerah Tawau yang kebanyakannya suku Bugis dan suku-suku lain ada Banjar, Jawa, Tidong, Buton, Timor dan banyak lah lagi. Tawau tu letaknya di Pantai Timur negeri Sabah dan bersempadan dengan Indonesia. Aku tiba kali kedua di Tawau pada tahun 1991 iaitu time baru masuk form 3 atau tingkatan 3 mengikut bahasa Malaysia. Masa tu ada turun bandar dia dan mahu naik bas dan konduktor bas yang ada masa tu bertanya "mau kemana bossku?" terkejut juga dengan pertanyaan tu sebab masa aku kat Kota Kinabalu perkataan "ku" tidak digunakan tetapi cuma perkataan "boss" digunakan. Kalau di Kota Kinabalu masyarakatnya biasa akan bertanya sebelum kedatangan perkataan "bro" biasanya "boss, mana ni tempat ah?" atau "boss, berapa harga yang kamu jual ni". Jadi kelihatan di sana ianya lebih kepada panggilan merendah diri kerana semua adalah boss sama lah panggilan rasmi iaitu "tuan" atau "puan" tapi konsep bahasa slanga di sini lebih kepada sesuatu yang penuh hormat antara masyarakat di Sabah.

Berbalik dengan di Tawau, aku dengar tu dituturkan kebanyakan oleh pemandu bas atau pemandu teksi seperti contoh, "bossku, mana kau mau dihantar?" atau "ok juga kau bossku, nampak macam sakit bah kau kasian". Begitu antara contoh penggunaan di Tawau dan aku sendiri menggunakannya bila berjumpa teman dan bukannya ada tujuan bodek untuk sesuatu. Atau dengan kata lain slanga yang menunjukkan kemesraan dan bukannya ada niat terselindung seperti udang di sebalik baru lah seperti kata orang lama. Ianya tetap digunakan hingga masa kolej aku dan aku mula mendengar penggunaan slanga itu di Kota Kinabalu pula dan seluruh Sabah dan apa yang aku perhatikan adalah ketika itu adalah kedatangan ramai masyarakat Pantai Timur terutama dari Tawau ke daerah-daerah lain terutama suku Bugis yang memang suka berniaga. dan satu lagi yang aku perhatikan adalah slanga boss sebelum ini dipopularkan oleh suku Suluk atau Tausug yang sebelum itu monopoli perkhidmatan bas mini sekitar Kota Kinabalu. Bagi suku Bugis pula, mereka punya ciri khas dalam perbualan. Seperti percakapan berlagu dan bila menyebut perkataan "budak" yang k akan disenyapkan dan lebih kepada "buda'". Kenapa aku katakan yang perkataan "boss" digunakan oleh masyarakat Suluk adalah kerana pengaruh dari negara Philippines. Mereka di sana memanggil orang seperti boss sebelum muncul perkataan "kuya" untuk lelaki yang merujuk kepada abang atau "ate" untuk perempuan yang merujuk kepada kakak. Ianya lebih kepada panggilan hormat dan merendah diri.



Apa yang ingin aku perkatakan di sini adalah baru-baru ini adalah ramai antara peniaga online hinggakan aku ingatkan orang Sabah juga rupanya orang dari Semenanjung atau orang Sabah kata orang Malaya (panggilan ini bukanlah suatu insult oleh kami). Aku terkejut juga bila mereka menggunakan perkataan tersebut. Dan aku mula terfikir yang kebanyakan pekerja bas ekspress di Kuala Lumpur adalah asal Sabah dan penduduk di Pengerang, Johor serta Pelabuhan Klang ramai orang dari Sabah dan rata-rata dari Tawau terutama suku Bugis. Aku telah jangkakan yang merekalah yang bertanggungjawab mempopularkan perkataan tersebut.

Jadi, baru-baru ini ada lah beberapa perkara lucu yang berkaitan dengan slanga "bossku" tersebut antaranya seorang ayah yang baharu menerima kehadiran baby baru dalam familynya dan membuat prank ke atas isterinya dengan menamakan anak mereka sebagai Muhammad Bossku. Ternyata lucu juga sebenarnya apabila perkataan itu diletakkan sebagai nama tapi benda tu bukanlah benar tetapi hanya sebuah prank untuk menceriakan lagi kehidupan mereka suami isteri. Perlu juga ada unsur kecindan dalam kehidupan berkeluarga ni untuk mengelakkan kehambaran hubungan kekeluargaan. Gambar prank surat beranak tersebut di bawah:



Dan ada satu lagi pula, apabila ahli politik menggunakan slanga bossku itu nampak tidak sesuai kerana ianya akan overused dan apabila fenomena ini berlaku, bunyinya bukan suatu yang mesra tetapi lebih kepada bodek atau troll atau menyindir. Jadi, bagi aku "kemuliaan" perkataan bossku tersebut telah hilang dan siap ada yang klaim ayat itu dari dia.. aku ingin bertanya pula, "nda rasa bodoh kah klaim perkataan tu kau mulakan, bossku?". Tetapi sekiranya ianya untuk unsur kecindan, hendaklah ianya digunakan untuk itu sahaja dan jangan libatkan politik kerana ianya meloyakan.. to be honest, aku tak suka atau kami di Sabah bilang "bikin muntah, bossku".. Jadi, janganlah overused sesuatu perkataan kerana ianya nda bagus bah bossku.

Reactions:
23:33
z35W7z4v9z8w