Thursday, December 26, 2019

Bumi Berbentuk Sfera atau Rata (flat)?

Sebelum kita pergi lebih dalam lagi tentang isu ini kita lihat dulu apa itu teori bumi sfera dan teori bumi rata? Sekarang Hangat menjadi perdebatan bentuk sebenar muka bumi, seperti yang kita tahu bentuk muka bumi adalah bulat lebih tepat lagi berbentuk sfera, namun begitu ada golongan yang percaya bumi berbentuk rata, mereka ini digelar sebagai Flat Earth Society ataupun sosaiti bumi rata. Teori ini mula diperkenalkan oleh seorang ahili filosofi greek iaitu pythagoras sebelum abad ke 6 dahulu sebelum teori pythagoras disangkal oleh Aristotle seorang lagi ahli filosofi greek mengatakan yang bumi itu bulat sebelum abad ke 330.
Pada hari ini pula mereka yang percaya dengan bentuk muka bumi rata ini digelar sebagai Modern Flat Earth Society, membawa kita ke penjelasan yang seterusnya iaitu penjelasan kenapa bumi itu Sfera dan bukannya rata.

2. Bentuk planet yang lain

gambar hiasan
Kalau bumi berbentuk rata, kenapa pula planet planet lain seperti marikh, zuhal, venus, mars dan lain lain berbentuk sfera? Kenapa bukan tiga segi? Kenapa bukan segi empat? Berbentuk buaya ataupun tikus? Ini disebabkan daya tarikan gravity yang datang dari perut bumi, ia menarik semua cecair, gas, pepejal dan lain2 elemen dari semua arah dan mengumpul kesemua elemen2 tersebut untuk membentuk sebuah planet yang berbentuk sfera.
Pelik bila ahli konspirasi bumi rata tidak pernah menafikan bentuk planet yang lain sebagai sfera dan hanya menidakkan bentuk muka bumi kita? Menurut mereka planet2 tersebut hanyalah rekaan dari Nasa sahaja, kerana mereka percaya kalau bumi berbentuk rata tiada siapa yang akan dapat keluar dari bumi dan tiada siapa yang tahu bentuk sebenar planet2 di angkasa.

3. Tarikan Graviti

Seperti yang kita tahu teori graviti secara ringkasnya terletak di tengah2 kerak bumi, kalau ia berbentuk bulat tarikan graviti di seluruh dunia adalah hampir sama kerana kuasa graviti disebarkan dari perut bumi adalah sama.

Dan kalau teori ini dipakai di bumi rata pula, titik graviti di bumi yang rata pula akan datang dari tengah2, kalau teori ini dipakai untuk bumi yang berbentuk rata, semakin dekat anda dengan titik graviti, semakin kuat daya graviti, semakin jauh anda dari titik graviti semakin rendah tarikan graviti.
Contohnya, kita berdiri dengan tegak disebabkan graviti. Kalau bumi berbentuk sphera walau di mana pun kita berada di bumi ni kita akan berdiri dengan tegak begitu juga dengan bangunan2 yang dibina, tapi di bumi rata semakin jauh kita dari titik graviti semakin kita berdiri dengan condong begitu juga dengan bangunan2 yang dibina di bumi rata, bangunan tersebut haruslah dibina dengan condong supaya menusia boleh berdiri di dalam bangunan tersebut. Dengan itu kalau kita berada di bumi yang rata kita akan melalui satu fenomena graviti yang pelik dan tidak masuk akal.

4. Sudut Bayang Bayang Berbeza, di tempat yang berbeza

Gambar hiasan
Teori ini boleh dijelaskan dengan eksperiment melibatkan dua tiang yang berada di dua tempat yang berbeza, contohnya satu tiang berada di kota kinabalu sabah dan satu lagi di tuaran sabah. Dan jarak diantara dua tempat ini adalah 35 kilometer. 

Panjang bayang2 dua tiang tersebut akan diukur dan dibandingkan. Kalau panjang bayang bayang tiang adalah hampir sama, ini membuktikan yang bumi itu rata kerana panjang bayang bayang sama disebabkan dua tiang ini berada di pemukaan yang rata dan menerima pancaran matahari di kawasan yang rata.

Kalau panjang dua tiang ini tidak sama bermaksud tiang2 tersebut berada di satu lengkungan yang sangat panjang. Dan lengkungan ini pula membuktikan yang bumi itu berbentuk sphera dan bukannya rata.

5. Gambar Dari International Space Station

sumber
Ahli konspirasi bumi rata percaya yang bentuk bumi dirahsiakan oleh kerajaan dan NASA, dan sehingga hari ini gambar gambar bumi berbentuk bulat hanya dikeluarkan oleh nasa. Angkasawan yang berada di internation space station akan mengelilingi bumi setiap 90 minit, bukan sahaja melihat dengan mata mereka sendiri yang bumi berbentuk bulat tetapi bentuk bumi bulat dirakamkan melalui video dan gambar, seperti gambar bumi bulat yang dikongsikan oleh Chris Hadfield seorang angkasawan Amerika
Malah angkasawan malaysia sendiri mengeluarkan kenyataan apabila dicabar oleh Suhaimi Saad untuk bersumbah yang bumi itu bulat mengatakan yang bumi berbentuk geo sphera, bermaksud bumi tidak berbentuk bulat yang sempurna tetapi menyerupai bentuk sebiji telur.


Sumber
Geo bermaksud geographi dan sphera adalah bentuk, bentuk bulat bumi tidak sempurna kerana permukaan bumi itu sendiri mempunyai gunung ganang yang tinggi, lautan yang dalam, begitu juga dengan sumber mineral di dalam kerak bumi, dengan mempunyai ciri ciri semulajadi ini tidak mungkin bumi akan berbentuk bulat sempurna, dan ini menyumbang kepada bentuk muka bumi Geo Sphera.




sumber
6. Gerhana Bulan
Gerhana bulan adalah disebabkan oleh bayang2 bumi menutupi sebahagian daripada bulan daripada terkena cahaya matahari, ini berlaku bila bumi berada di tengah2 matahari dan bulan, pancaran matahari akan terlindung oleh bumi secara langsung membentuk bayang2 di bulan yang hari ini kita kenal sebagai gerhana. Gerhana bulan yang kita semua kenal seperti di dalam gambar ini adalah hasil daripada bentuk muka bumi yang bulat. Kalau bumi berbentuk rata maka gerhana yang kita kenal hari ini adalah seperti di dalam gambar ini.


7. Melihat Kapal Laut datang dan Berlalu Pergi

Jika anda berada di tepi pantai ataupun pelabuhan, melihat kapal laut yang berlalu pergi mesti anda akan perasan yang saiz kapal tersebut akan menjadi semakin kecil dan kecil sehinggalah kapal itu tidak lagi kelihatan walaupun anda menggunakan binokular. Kapal tersebut hilang disebabkan ia telah melintasi garisan ufuk lautan ataupun Sea Horizon line. Bila ia datang semula kapal yang kelihatan dari jauh akan muncul dari garisan ufuk lautan, fenomena ini membuktikan yang lautan tidaklah rata tetapi berbentuk bulat ini disebabkan kalau bumi rata walaupun kapal tersebut berada jauh ia tidak akan hilang.

8. Eksperiment Ukur Lautan

Untuk membuktikan teori ini, geography channel telah mengadaptasikan kajian Bedford Level Experiment yang dilakukan oleh Samuel Birley Rowbotham pada tahun 1838 dan kajian kedua dilakukan oleh Alfred Russel Wallace pada tahun 1870.
Geography channel menggunakan pancaran laser yang boleh menembak di jarak yang sangat jauh dan memancarkan laser tersebut ke arah papan tanda yang diletakkan di atas sebuah bot.

Teori eksperiment ini adalah seperti berikut

“Kalau pancaran laser yang dicatatkan di papan tanda di atas bot tersebut berada di kedudukan yang sama walaupun bot itu bergerak semakin jauh maka ia membuktikan kawasan lautan berbentuk rata, namun begitu jika pancaran yang dicatatkan itu berubah kedudukan selepas bot tersebut bergerak jauh dari persisiran maka itu membuktikan yang kawasan lautan tidak rata malah melengkung mebuktikan yang bentuk bumi itu bulat.”

Kembali semula kepada eksperiment geography channel ini, Tinggi pancaran laser ke papan tanda tersebut dicatatkan semasa bot itu berada hanya beberapa ratus meter dari persisiran. Mereka kemudian diarahkan untuk bergerak 3 batu jauh dari persisiran menghala ke tengah2 lautan. Apabila mereka membandingkan catatan pancaran laser ketika berada hanya beberapa ratus meter dari persisiran dengan catatan laser kedua ketika berada 3 batu jauh dari persisiran, mereka mendapati yang pancaran laser kedua yang dicatatkan tidak lagi menembak ke tampat yang sama tetapi pancaran tersebut menjadi semakin tinggi. Ini memberikan gambaran yang walaupun lautan tempat mereka berada nampak rata di mata kasar tetapi ia dibuktikan secara saintifik berbentuk melengkung ataupun bulat.

Tiada bumi rata di dalam Al Quran

Di kalangan mereka yang percaya bumi itu rata sering merujuk kapada Ayat Al Quran melalui Firman Allah SWT menerusi, Al Hijr ayat ke 19 “Dan Bumi Kami Bentangkan dan kami letakkan padanya gunung-ganang serta kami tumbuhkan padanya sega sesuatu timbangannya” ini ditafsirkan kepada yang bumi berbentuk rata.

Tetapi menurut pensyarah kanan pusat kelestarian turath islami, fakulti pengajian islam, Universiti Kebangsaan Malaysia UKM, Dr Wan Nasyrudin wan abdullah, menurutnya tiada satu ayat pun di dalam al quran yang mengatakan yang bumi itu rata. Dipetik dari Dr Wan Nasyurudin menerusi artikel dari berita hariannya katanya “Maksud ayat ini bukan dalam konteks kejadian bumi secara fizikal, sebaliknya mengenai kehidupan di bumi”,

“Perkataan bentangkan atau hamparan dalam ayat ini tidak boleh dipegang daripada sudut bahasa semata mata kerana kita tidak mampu menjelaskan bentuknya sama ada bulat, empat segi atau memanjang”

Tahukah andaIlmuan Islam Muhammad Al Idrisi, Pereka globe dunia prtama dalam islam. Keturunan Nabi saw melalui Jalur Hasan bin Ali RA. 

Kitabnya yg Masyhur:

نزهة المشتاق في اختراق الآفاق




Siapa Yang Percaya dengan bumi leper/rata ini?
Antara individu terkenal yang percaya dengan teori ini adalah artis antarabangsa seperti pemain bola keranjang Shaquille Oneal, Kyrie Irving, pelakong Tila Tequila dan rapper BOB, dan isu ini mula hangat di malaysia bila bekas penyanyi nasyid Suhaimi Saad mencabar angkasawan negara untuk bersumpah yang bumi itu sebenarnya bulat. Wujud juga komuniti-komuniti bumi Malaysia di social media seperti Bumi itu bukan sphera di Facebook yang aktif menyangkal bentuk muka bumi.

Bentuk Bumi Menurut Islam.

Isu ini isu lama. Para ulama dan ilmuwan Islam dah bincang lama dah:

1. Al-Maqdisi berkata dalam muqaddimah kitabnya Ahsanul Taqasim Fi Ma'rifatil Aqalim:

أما الأرض فإنها كالكرة.. إلخ

"Adapun bumi, maka sesungguhnya ia adalah seperti bola (sfera)".

2. Ibnu Fadhlillah al-'Umari menukilkan daripada Asy-Syarif Al-Idrisi dalam muqaddimah kitabnya Masalikul Absor Fi Mamalikil Amsor:

قال الشريفومع كون الأرض كرة، هي غير صادقة الاستدارة

"Kata Asy-Syarif (Al-Idrisi) : walaupun bumi adalah sfera, namun ia tidaklah benar-benar bulat (maksudnya bujur sedikit)"

3. Disebutkan dalam kitab Wafayatul A'yan (4/359), karangan Ibnu Khallikan, bahawa Abu Bakar As-Sufi berkata:

لو وضعنا طرف حبل على أي موضع كان من الأرض، وأدرنا الحبل على كرة الأرض، انتهينا بالطرف الآخر إلى ذلك الموضع من الأرض، والتقىالطرفان

"Jika kita letakkan hujung tali di atas mana-mana tempat di bumi, dan kita lilitkannya di atas bumi, kita akan akhiri hujung tali yang kedua di tempat yang sama dan akan bertemulah kedua-dua hujung tali tersebut".

4. Kata Imam Ibnul Jauzi dalam kitabnya Al-Muntazom Fi Tarikh Al-Muluk wal-Umam:

وكذلك أجمعوا على أن الأرض مثل الكرة

"Dan begitu juga mereka IJMA' mengatakan bahawa bumi adalah seperti bola (sfera)"

5. Kata Al-Hafiz Az-Zahabi dalam Mukhtasar Al-'Uluw:

الأرض في وسط السماء كبطيخة في جوف بطيخة، والسماء محيطة بها من جميع جوانبها

"Bumi di tengah langit adalah seumpama tembikai dalam rongga tembikai, dan langit meliputi bumi dari segenap arah".

Az-Zahabi juga berkata:

وبرهان ذلكأنا لو فرضنا مسافراً سافر على كرة الأرض من جهة المشرق إلى جهة المغرب، وامتد مسافراً، لمشى مسافراً على الكرة إلى حيث ابتدأبالسير

"Dan bukti perkara tersebut ialah: jika kita andaikan seorang musafir bermusafir di atas bulatnya bumi, daripada timur ke barat, dan (kemudian) dia meneruskan lagi perjalanan, maka pastilah dia akan berjalan ke arah tempat di mana dia mulakan perjalanan".

6. Kata Ibnu Hazm dalam kitabnya yang masyhur, yang berkaitan dengan Comparative Religion, iaitu Al-Fasl Fi Al-Milal wa Al-Ahwa' wa Al-Nihal:

قالوا إن البراهين قد صحت بأن الأرض كروية، والعامة تقول غير ذلك.
 وجوابنا وبالله تعالى التوفيقإن أحداً من أئمة المسلمين المستحقين لاسم الإمامة بالعلم ـ رضي الله عنهم ـ لم يُنكروا تكوير الأرض، ولا يُحفظ لأحدمنهم في دفعِه كلمةبل البراهين من القرآن والسنة قد جاءت بتكويرها.

"Mereka berkata: Sesungguhnya bukti-bukti telah mengesahkan bahawa bumi adalah bulat sedangkan masyarakat awam mengatakan sebaliknya.

Dan jawapan kami (taufiq hanya daripada Allah) : sesungguhnya seorang daripada imam-imam para muslimin yang berkelayakan untuk digelar imam dalam ilmu (semoga Allah meredai mereka) tidak mengingkari bulatnya bumi.

Dan tidak dihafaz (tidak dijumpai suatu nas atau nukilan) satu kalimah pun daripada salah seorang daripada mereka dalam menolak perkara tersebut.Bahkan bukti-bukti daripada Quran dan Sunnah telah datang membuktikan bulatnya bumi".

7. Disebutkan juga dalam Majmu' Fatawa Ibnu Taimiyyah:

 فصلاعلم أن " الأرض " قد اتفقوا على أنها كروية الشكل

"Ini suatu fasal: ketahuilah bahawasanya mereka (para ulama) telah SEPAKAT mengatakan bahawa sesungguhnya bumi berbentuk sfera".

8. Disebutkan dalam Tafsir Al-Bahr Al-Muhit:

قال أبو عبد الله الداراني : ثبت بالدليل أن الأرض كرة ، ولا ينافي ذلك قوله : ( مد الأرض ) وذلك أن الأرض جسم عظيم ، والكرة إذا كانت في غايةالكبر كان قطعة منها تشاهد كالسطح

"Kata Abu Abdillah Al-Darani: Telah thabit dengan dalil bahawa bumi adalah bola (sfera). Dan ini tidak bercanggah dengan firman Allah s.w.t: (مد الأرض) kerana sesungguhnya bumi adalah suatu jisim yang besar. Dan (sememangnya) bola (sfera) jika terlalu besar, maka suatu bahagian daripadanya akan kelihatan seperti rata".

9. Banyak lagi kalau nak tulis. Imam Fakhruddin Al-Razi, Imam Al-Ghazali, Imam Tohir Ibn 'Asyur semuanya kata bumi adalah sfera.Sebab itu tidak hairanlah kalau ada sesetengah ulama mengatakan bahawa perkara ini sudah ijma'.Dan ada juga yang kata perkara ini tmasuk ilmu dharuri.Bahkan Imam Fakhruddin Al-Razi menyifatkan perbuatan menafikan bentuk bumi adalah sfera itu adalah MUKABARAH (degil tidak mahu menerima keberanan). Rujuk Tafsir Ar-Razi pada ayat-ayat berkaitan tajuk ini.
sumber
Kalau kita tetap nak menafikan, silakan. Tetapi anggaplah itu pandangan infiradi (peribadi). Apa yang difahami oleh masyarakat sudah selari dengan kalam dan ijma' ulama. Dato' Dr. Sheikh Muszafar sendiri telah menyatakan yang bahawa bumi ini bulat dan tidak juga tepat bulatnya dan ada bentuk seperti sfera seperti telur sedikit berikutan pengalaman beliau mengelilingi bumi selama 16 hari. Beliau berkata demikian kerana telah dicabar oleh penyanyi nasyid Suhaimi Saad yang menyuruhnya bersumpah berkenaan bentuk bumi. 

Jadilah ahli ilmu yang bijak yang tidak menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat. Cukuplah.



Sunday, December 22, 2019

Sumpah Laknat


Sumpah laknat semakin menjadi suatu trend dewasa ini terutama sekali di negara kita iaitu Malaysia. Ramai yang tidak mengerti apakah yang dimaksudkan dengan sumpah laknat tersebut dan adakah ia boleh menjadi saham untuk suatu kebebasan dari pendakwaan di mahkamah dan terus membawa kepada keputusan tidak bersalah? Jom baca entri aku kali ini.. (p/s: Gambar sesumpah tu tidak ada kena mengena dengan entri ini. Ianya hanya untuk kita sering menghormati alam sekitar. Sekian

Definisi Sumpah Laknat.

Sesuai dengan istilahnya, sumpah laknat adalah suatu sumpah yang diambil oleh dua orang atu lebih untuk melaknat orang atau pihak lain yang melakukan perbuatan tertunta dan berdusta. Sumpah laknat merupakan suatu doa yang dipanjatkan kepada Allah SWT untuk menunjukkan siapa yang berdusta dalam memutuskan suatu perkara. Doa yang dopanjatkan tersebut adalah untuk meminta kepada Allah SWT menjatuhkan laknat pada pihak yang berdusta atau dengan menimpakan azab kepadanya.

Sumpah laknat dikenal dengan istilah muhabalah dalam islam dan terkadang sumpah ini menjadi salah satu kebiasaan dalam masyarakat dan dianggap sama dengan praktek sumpah pocong padahal keduanya berbeda. Dalam muhabalah kedua pihak yang melakukan sumpah berdoa kepada Allah untuk menjatuhkan laknat kepada pihak yang berdusta namun pada praktek sumpah pocong biasanya sumpah diambil untuk menjatuhkan laknat pada diri sendiri dan bukan pada orang lain.


1. Hadis dan kaedah fiqh

Daripada Ibnu Abbas RA, sabda Rasulullah SAW:

البيّنةُ على المُدّعي ، واليمينُ على من أَنكرَ
“Bukti itu bagi mereka yang mendakwa, dan (jika pendakwa itu gagal membawakan bukti) bersumpah itu bagi mereka yang menafikan dakwaan itu.” (Hadis hasan riwayat al-Baihaqi dan dikuatkan oleh lafaz-lafaz yang berbeza daripada pelbagai jalur yang sahih).
Hadis ini dijadikan asas kepada kaedah fiqh oleh para ulama.

Dr Abdul Karim Zaidan menyimpulkan daripada perbincangan ulama tentang kedudukan sumpah dalam menyabitkan hukum di mahkamah. Berdasarkan dan selaras dengan maksud hadis ini, beliau menjelaskan bahawa:

“Apabila pendakwa telah menyabitkan dakwaannya dengan pengakuan defendan, dengan saksi yang diterima (pengakuannya oleh mahkamah), ataupun dengan dalil-dalil penyabitan hukum ke atasnya, maka hakim akan memutuskan mengikut dakwaan pendakwa. Jika pendakwa tidak mampu menyabitkan, (barulah) hakim akan membenarkan pendakwa meminta lawannya iaitu si defendan bersumpah, kerana meminta sumpah itu hak pendakwa. Lalu apabila pendakwa menuntut sumpah itu, hakim akan meminta defendan untuk bersumpah. Jika defendan bersumpah, hakim akan menarik balik tuduhan ke atasnya, dan jika defendan enggan, hakim akan menghukum ke atas defendan dengan dakwaan pendakwa…” (rujuk Nizham al-Qadha’ fi al-Syari’ah al-Islamiyyah, hlm. 169)

Imam al-Syafi’e pula berpandangan, prosedur bersumpah turut diguna pakai dalam kes bunuh (lihat Nizham al-Qadha’ fi al-Syari’ah al-Islamiyyah, hlm. 169; penulis merujuk kepada kitab al-Mughni, 9/237-239) tetapi berdasarkan prosedur yang disebutkan di atas.
Dalam konteks ini, akuan bersumpah itu tidak akan mengatasi nilai bahan bukti dan keterangan saksi dalam mahkamah. Sebaliknya, ia hanya terpakai jika hakim menetapkan bukti atau saksi dikira tiada ataupun tidak mencukupi.

Berdasarkan pandangan ini, dapat disimpulkan bahawa:

a) Bagi kes di mana bukti sudah ada dan diterima mahkamah, maka sumpah itu tidak akan terpakai lagi. Prinsip perundangan bahawa sumpah itu lebih lemah daripada bukti dan keterangan saksi disepakati oleh fiqh Islam dan sistem kehakiman moden.
b) Hadis ini bermaksud yang bukti itu lebih diutamakan daripada sumpah. Daripada bahagian fiqh kehakiman, hanya hudud zina dalam masalah li’an antara suami isteri yang mengutamakan (membolehkan/membenarkan) sumpah (sekiranya tiada saksi atau bukti) daripada kewujudan bukti kerana berkaitan hal ehwal dalaman rumah tangga serta perceraian.

c) Sumpah yang dimaksudkan Imam al-Syafi’e dan Dr Abdul Karim Zaidan merujuk kepada sumpah yang dilakukan atas perintah hakim dalam mahkamah atau majlis perbicaraan, bukan sumpah yang dilakukan sendiri di luar mahkamah.

2. Mahkamah dan prosedur akuan sumpah

Mahkamah mempunyai prosedur akuan bersumpah bagi setiap pihak yang memberi keterangan. Maka, meskipun tidak dibuat di masjid, setiap pihak terlibat sama ada daripada pihak pendakwa, pembela atau saksi, akan ditimpa dosa dan laknat daripada sumpahnya jika dia berdusta dalam mahkamah.

Dalam sebuah hadis disebutkan:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ جَاءَ أَعْرَابِيٌّ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الْكَبَائِرُ قَالَ الْإِشْرَاكُ بِاللَّهِ قَالَ ثُمَّ مَاذَا قَالَ ثُمَّ عُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ قَالَ ثُمَّ مَاذَا قَالَ الْيَمِينُ الْغَمُوسُ
Daripada Abdullah bin ‘Amr, beliau berkata: Seorang Arab Badwi datang kepada Nabi SAW lalu berkata, “Wahai Rasûlullâh! Apakah dosa-dosa besar itu?” Baginda SAW menjawab, “Isyrak (menyekutukan sesuatu) dengan Allâh”, beliau bertanya lagi, “Kemudian apa?”, Baginda SAW menjawab, “Kemudian durhaka kepada dua orang tua”, dia bertanya lagi, “Kemudian apa?”, Beliau menjawab, “Sumpah yang menjerumuskan (sumpah yang dusta, untuk kezaliman).” [HR al-Bukhâri, no. 6255]

3. Risiko bersumpah di luar mahkamah

Tindakan bersumpah di luar mahkamah adalah berisiko kerana ia membuka ruang helah di mana seseorang itu menggunakan teksnya sendiri yang mungkin berbeza daripada perkara yang dituduhkan terhadapnya, tetapi orang menyangka ia adalah perkara yang dituduhkan.
Pihak yang menggunakan helah ini menyangka perkara yang disumpahkan itu melepaskan dirinya daripada dosa. Namun, tindakan helah dalam bab yang menzalimi hak orang lain ataupun membolehkan seseorang lari daripada hukuman adil itu dosanya sama sahaja dengan pembohongan, apatah lagi bila disertai sumpah.

Berdasarkan prinsip al-Quran, al-Sunnah dan maqasid syarak, syarak mengharamkan dan membatalkan segala helah untuk membuat dosa (rujuk perbincangan panjang lebar al-Syatibi dalam al-Muwafaqat dan Ibnu Qayyim dalam I’lam al-Muwaqqi’in dan Ighatsah al-Lihfan tentang pembatalan helah).

Menurut dimensi perundangan pula, sumpah yang dilakukan sendiri di luar mahkamah ini tidak akan mengubah apa-apa keputusan dan perjalanan perbicaraan di mahkamah, manakala menurut dimensi hukum-hakam, implikasi dosa dan pahala sumpah yang dilakukan di luar mahkamah itu tetap terpakai.

4. Kesimpulan

Jika yang bersumpah itu berdusta, maka dia mendapat dosa yang akan ditambah kepada sumpah yang dilafazkan dalam mahkamah.
Waliyullah al-Dahlawi dalam Hujjatullah al-Balighah menyebutkan bahawa yang bersumpah dalam prosedur li’an bagi menolak tuduhan berzina dan qazaf oleh suami ataupun isteri kepada pasangannya itu dilakukan dalam masjid kerana berdusta dalam masjid itu dosanya lebih berat, terutamanya jika dilakukan di sekitar mimbar. Hal ini menjelaskan bahawa tindakan bersumpah di masjid menambah beratnya dosa jika seseorang itu berdusta.

Jika pihak yang bersumpah itu bercakap benar dan bukan atas niat helah, maka hukumnya adalah harus. Namun, ia tetap tidak akan mengubah apa-apa keputusan mahkamah.
Perbuatan ini juga boleh dikira memberi kesan kepada kewibawaan mahkamah, ataupun dikira mencabar mahkamah sekiranya perbicaraan masih sedang dijalankan.


Monday, December 2, 2019

Kisah Mak Minah

Ramai post benda ni sebab rasanya tidak tahu, jahil atau memang takda isu untuk buruk-burukkan orang. Mak Minah atau Minah Hashim sebenarnya bukanlah mati dibunuh dan dicincang dengan pedang panjang atau dengan gelaran hipster pedang samurai seperti yang konon dalam gambar tu. Kena orang jahil atau yang memang hati dah hitam sangat dengan kebencian mestilah akan kata ya kepada perkara ini.
Ikut kenyataan seorang lelaki yang mengaku cucu kepada arwah bernama Jamalludin Jamal menyatakan yang dia bukanlah meninggal akibat dicincang tetapi sebenarnya meninggal sakit tua. Golongan rasis dan pemecah belah rakyat Malaysia suka sebar benda bodoh macam ni. Seperti saya katakan tadi, kena orang jahil mereka akan percaya secara total tanpa usul periksa dan mula membahaskan dengan penuh kebencian melalui komentar di medsos.

Mak Minah atau nama sebenar Minah Hashim bukanlah mati dibunuh pedang samurai sebab dia ada berlakon filem Putus Sudah Kasih Sayang keluaran 1971. Dalam imdb.com pun ada nyatakan. Proses pengambaran filem itu adalah bermula pada 1968 dan berakhir pada tahun 1969. Sekiranya dakwaan itu adalah benar, kenapa baru sekarang benda ni disebarkan? Apakah pihak tertentu yang saya katakan takda modal begitu berani untuk menimbulkan kebencian dalam masyarakat kita? Kalau korang nak berbunuhan ke, nak mampus dan jadi bodoh ke, korang buatlah sendiri demi pegangan fahaman jahil korang.

Jadi, siasat dulu sebelum sebar... Sekian.

Thursday, September 19, 2019

Rambo: Last Blood Adalah Filem Rambo Terakhir?

Amaran: Jangan baca ni kalau tidak mahu spoiler!


Aku baru sahaja selesai menonton filem Rambo: Last Blood atau pun Rambo V (filem kelima dalam francais filem Rambo). Tempat menonton adalah biasa mana lagi kalau bukan di Growball Cineplex iaitu pawagam termurah di dunia. Belum ada tempat lain yang dapat beat pricing dorang. Mereka kata minggu ni sebagai sneak peek atau pun macam mengintai-intai lah ... dan memang biasa pihak pawagam Growball buat macam ni tayangkan seminggu awal selama 2-3 hari dan lepas tu mereka hentikan sekejap untuk menunggu tayangan rasmi seluruh dunia. Dulu pernah kawan beritahu kawan yang lain harga tayangan filem di situ dan dia terkejut dan memikirkan yang itu adalah filem lama yang ditayangkan semula. Biasanya di US, filem lama akan ditayangkan semula dengan harga rendah. 

Ok, tanpa membuang masa, aku ingin bercerita tentang filem Rambo V ini. Sebelum masuk ke panggung, aku dah kosongkan kepala tidak mahu fikir lebih-lebih dan mengharap filem ini sama seperti filem Rambo yang lain dan filem Sylvester Stallone yang lain kecuali filem Escape Plan (2 dan 3) yang sememangnya seperti filem buatan China yang hambar kerana filem Escape Plan yang pertama dengan Arnold Schwarzenegger lebih bagus dari sekuel-sekuel selepas itu. Waktu beli tiket, seperti biasa aku pilih duduk barisan paling hadapan. Sebab mau concentrate lah konon dan satu lagi kan dulu di rumah ibu bapa kita larang tengok tv dekat-dekat konon akan merosakkan mata. Aku memilih tempat duduk A02 iaitu bahagian tengah di Hall 8 yang dikira besar sama seperti Hall 9. Tidak sangka juga ramai penonton yang mahu menonton filem Rambo. Jadi, aku masuk dan mencari tempat duduk dan mengeluarkan KFC loaded bowl (sebenarnya pihak pawagam melarang membawa makanan dan minuman dari luar) dan juga minuman yang sudah dibeli. Kebetulan belum lagi makan dari siang tadi. 

Jadi, filem pun bermula dan menunjukkan suasana rumah John Rambo di Arizona dan dia tinggal bersama pengasuh atau orang gaji yang bernama Maria dan juga anak buah perempuan bernama Gabrielle. Rambo amat rapat dengan anak buah nya itu dan mereka bersama-sama menjaga kuda-kuda peliharaan Rambo. Rambo juga ada hobi lain dan pelik seperti mengumpul senjata api dan juga pisau serta menggali lubang dan membuatnya seperti gua atau terowong bawah tanah sama seperti dari filem Rambo 3 yang dia bertempur dalam terowong dan kubu serta bahagian pertama, First Blood, yang dia bertempur dan bersembunyi dalam gua. Dia juga melakukan kerja-kerja besi dan dia sebenarnya masih mengawal dirinya dari melakukan keganasan oleh kerana anak buahnya Gabrielle.

Gabrielle pula berasa ingin tahu tentang keberadaan ayah kandungnya yang menghilangkan diri sewaktu dia kecil dan pergi ke Mexico. Dia rasa ingin tahu tentang kenapa ayahnya meninggalkan mereka semenjak 10 tahun yang lalu. Jadi dia minta bantuan sahabat lamanya iaitu Jezel yang tinggal di Mexico untuk menjejaki ayahnya. Jezel telah berjaya menemui ayah Gabrielle di Mexico dan telah menghubunginya semasa dia dan rakan-rakan sekolah mengadakan majlis di terowong yang digali oleh Rambo. Ini menambahkan lagi semangat bagi Gabrielle untuk menemui ayahnya tetapi ditegah oleh Maria dan Rambo sendiri. Gabrielle secara diam-diam melintasi sempadan untuk ke Mexico dan dia pun bertemu dengan Jezel yang memang menantinya disana. 



Ok, aku tak akan melebih-lebih bagi spoiler filem ini. Apakah yang terjadi selepas itu? Dan apakah yang menyebabkan Rambo mengamuk buat kali terakhir kali ini? Ya... ini adalah filem terakhir Rambo. Jadi korang pergilah menonton filem ini. Trivia, korang tahu tak yang pisau benet yang biasa pengakap atau pengembara guna tu dinamakan sebagai Pisau Rambo adalah berdasarkan dari filem Rambo: First Blood dan sementara filem Rambo 3 pula ianya difilemkan di Israel bersama dengan pelakon-pelakon dari negara sekitarnya dan bukanlah difilemkan di Pakistan dan Rambo 3 juga dianugerahkan filem paling ganas pernah dibuat. Buat semua, jom ke pawagam menonton Rambo: Last Blood.

Rating: 7.5/10


Wednesday, September 18, 2019

Ingress First Saturday Kota Kinabalu


Don't forget that Kota Kinabalu will be hosting xfaction event which is Ingress First Saturday or IFS. 

 Date: 5th October 2019 (Saturday) 

Time: 7.00 PM 

Location: Walai Koubasanan (Registration portal) Intel Link

Registraton url: https://fevgames.net/ifs/event/?e=14313 

Official Telegram Channel : https://t.me/IngressFSMalaysia 

Battle Start: 8.00 PM until 10.00 PM (Double AP) 

Restocking Portal Live: 10.30 PM-11.30 | Wooden Poles, Lintasan Deasoka Intel Link

Saturday, September 14, 2019

An Open Letter To Niantic

Dear Niantic,
Well it happened, you pushed the payment for the anomaly badge and what we are now seeing is of course a huge pushback. There are some reasons for it, some are valid and some maybe not.
Reason 1: Communication
Dropping this ‘bomb’ one month before the anomaly looks to your player base just bad, especially since you didn’t give a heads up to the POC of the sites. Why is it bad? People feel betrayed, they already have booked their flights, trains or other transportation to the sites, they have paid for their hotels and other things not fully informed about your new conditions. You may think $15 is not the world, which in some places is true, but it’s not mostly about the $15 it's about the fact that people don’t have the feeling you gave them all the information that is needed to make a decision about their participation.
If you would have made an announcement months ago with a statement that the Umbra Anomaly will be a paid anomaly there would have still been push back but not because your communication was bad. 
Reason 2: No alternative
You are not offering enough alternatives for agents with this announcement so close to the anomaly, there should have been some kind of a transition period into paid badges. Right now for onsite agents: Pay for the badge and your actions will be counted or you are not counted for the faction. What would have been the alternative? Setting up a ticket that makes sure that people are signed up for the anomaly and their actions will count for their faction without getting the badge. The paid ticket could also have included the double AP as an extra incentive.
This would have given your Players the possibility to choose if they want to get the badge for the scanner or if they only want to play for their team. It could have been a single time transition option to pave the way into paid badge only anomalies. And you can still do it!
Reason 3: Capitalize on faction volunteer work
In the history of anomalies the main work was done by the factions, from the very beginning Niantic has asked quite a lot from their player base to make these events happen. We are asked to submit POC recommendations and playbox proposals, coordinate lodging deals, encourage our agents to sign up on Niantic’s registration site, provide our agents with all the details of where to be and when for the weekend, secure an afterparty venue, submit missions for Mission Day, help with GoRuck planning when that's a thing. 
There is quite some work that both factions put into these events. And this work made the concept of an Anomaly a successful event. That work made people signing up again and again for those events. That work made people come from all over the globe to these events every couple of months. They come from all parts of the world to this one point on the map to play against the other faction together with their friends and other faction members.
Without the local POCs and Orga Anomalies would not be what they are right now. Without anything organized around the anomaly by the local people, there is no more real added value to your ticket option especially when Niantic does not have an on site presence anymore.
To make paying for an Ingress event more attractive you should add more value to your events. You can not rely on local orgas anymore to put in their time and effort to make your event great (again). You can not count on them to find a venue for your customers, you can not count on them to handle any of your business issues anymore. In short, the people that you rely on to make it worth people's while to come to the site will no longer help you since you are now charging for this to happen and they do not receive any financial or organisational help from the company. 
I think the majority of the Player Base could accept paying for the badge of an anomaly, but then there will be high expectations and a real value needs to be added.
Reason 4: Legal issues
(mostly focussed on Germany - because that's my home area) 
With making badges and participation a paid ticket you are entering the harbour of ‘event law’. Germany has some really detailed laws about events in public spaces/areas so let's try to have a look into this (Disclaimer: for more information please pay a lawyer).
A public space or public area is understood to mean the part of a municipality or public corporation that is freely accessible to any citizen and managed or maintained by the municipality. In general, these include public transport areas, but also streets, sidewalks, parks and squares.
All gatherings of persons in public space (e.g., concerts, street fairs, etc.) are subject to the Assembly Hall Act (in Germany: Versammlungsstättengesetz)
Every event, which is carried out and advertised in public space, must be registered and approved in good time with the authorities, usually at the responsible regulatory office. The exact permissions, permits or insurance you need depends on the type and size of the event, but also on the location and timing of the event.
The estimated number of participants or visitors is also an important factor when entering into detailed planning.
So the event must be registered and approved from the city. As a former POC I know that I was asked not to contact the local authorities to register the event, but I also never was 100% that the event was registered. 
If the Event gets successfully registered, there are more terms that needs to be fulfilled.
Other locations around the world, especially in the US, have different but similar laws that vary from place to place. All these items that will now fall onto Niantic as the organizer of the event to register for, as local agents, in many cases, will not be able to serve as a local proxy for the company.
4.1 Security
As a company, you have not only the duty, but also a self-interest in taking appropriate security measures. Whether a well-developed security concept is necessary or sufficient to adhere to some basic security standards depends on the size and nature of your event and may be required by some local municipalities as part of your application for the event.
Emergency numbers: Keep a list of the most important emergency numbers clearly visible in several places on the event site. (Event site means Playbox area)
First aid: If an emergency occurs during your event, first aid measures may be required prior to  lifesaving measures before a doctor arrives. As an organizer, you should be familiar with first aid measures. This also applies to employees who help with your events. It also could be that there will be a requirement to have paramedics on site, which would be needed to be paid for by the event organizer, in this case Niantic.
Organizer liability: No one can plan an event to the last detail, since external influences may occur that were previously unknown and not foreseeable. For the execution of events you should therefore necessarily complete an organizer liability, or hold harmless, as elementary protection. Insurance is a requirement to get permission for the event. 
If your event takes place on public streets or squares, you may need a special permit. Also a map of the event location (Playbox area) that will be submitted to the authorities. This may be needed to be submitted to these authorities months, not days, in advance rather than what is the current norm for Niantic. This will mean that in some locations organization will be needed much earlier than in the current planning model that Niantic currently employs. 
And this is just a short run thru the requirement list, every city has there own regulations so there might be other requirements needed every time you set up an event. 
4.2 Service Fees
(also again focused on Germany - for more information please pay a lawyer)
In August 2018 the Federal Court of Justice in Germany decided that a service fee on digital tickets is against the law. (for references: BGH III ZR 192/17)  That means the Service Fee that people are asked to pay is, in Germany, not allowed and needs to be withdrawn. 
4.3 VAT
(for more information please pay a tax consultant)
VAT in Germany is 19% for Events that are not concerts, but tickets for Belgium and Sweden don’t show any costs for VAT. I’m curious how this happened. 
Similarly there are many locations around the world that require any online transactions that take place to be subject to taxes. As the responsible party, Niantic would need to collect and disburse those taxes to the correct governing authority and failure to do so may hold Niantic to legal ramifications
4.4 Payment
Right now you are only offering Payment via credit card or debit credit card but it also appears that not all cards are being accepted. For years players are asking you to change your payment options because not everyone has a credit card. Especially in Germany this is an issue for many agents. Before this issue was solved with the free ticket or if someone wanted to buy swag with the friendly help of an agent with a credit card. With the new process, people only can order through their scanner and need the credit card info from their friends.
Reason 5: Unrealistic Prices
15€ or $15 seems not to be the world in countries like Germany, USA & Australia. But that's not the case everywhere . For example in Argentina since 2015 the monthly income has dropped from $600 to $220. Asking an agent there to pay $15 + whatever - means you are asking them to spend roughly 7% of their monthly income for a badge in the scanner. In India the average income per month is ~$160, that means you are asking agents in India to spend ~10% of there monthly income for the anomaly badge. I know pricing is not easy especially for worldwide events but you should always ask yourself: Is this pricing realistic to be paid by an average local player.
Reason 6: Self-Image and Marketting
“An Ingress XM Anomaly Event is a series of free Ingress events that you play as a team with other local and visiting players against the other faction.” 
On your FAQ site you are stating yourself that Anomaly Events are free. Making an Anomaly a paid only event is a change of the company's ethics - it's not even a change, it is a complete 180 to the former statement. That a change like this will be silently taken by the consumer of your product was not expected and we are going back now to Reason 1: Communication - If you are changing one of your core pieces of your product there needs to be Communication! Good Communication, understandable Communication. Don’t be the Clu in this game, be the Tron!!! 
Conclusions
I understand that you want Ingress to be financially viable as Niantic, you are a company, this is not a hobby project for you. You need to be economically sound. I’m not mad about the fact that you want to make money but don’t you think there are other, maybe even better, ways to introduce paid elements into the game than this? Over the years I saw great ideas from players on how Niantic could generate revenue from Ingress without making it pay to win. I would pay for a subscription to Ingress, if I would maybe gain some value like: more portal submissions, better statistic processing, more inventory space, etc. There are so many possibilities many of which you have supplied in the other two games that you have put out since releasing Ingress. 
Sinceriously,
Your Vanguard
original post can be found here: Ingress Discussion Forum

z35W7z4v9z8w